Jumat, 01 Agustus 2008

Jejak Ulama' memahami Sirah Nabawiyyah Melengkapkan pemahaman terhadap Islam

Dalam konteks memahami Islam, sejarah adalah merupakan sesuatu yang sangat penting dipelajari. Apa lagi mempelajari sejarah Rasulullah dan para sahabat atau dalam istilah khususnya disebut sebagai sirah nabawiyyah dan ssirah khulafa' Al rosidin. Dengan mempelajari sirah, kita dapat mengetahui bagaimana cara dan bentuk nabi dan para sahabat nabi penyampaian sari'at sari'at islam. Melalui sirah, seseorang pendidik akan dapat mengetahui cara dan kaedah terbaik yang ditunjukkan oleh Rasulullah. Misalnya, bagi seorang jeneral tentera dia dapat mengetahui etika peperangan, layanan yang diberi oleh baginda terhadap orang tawanan dan pesan-pesan Rasulullah kepada panglima perang.Pendek kata, semua golongan masyarakat, petani, sehinggalah kepada ketua negarapun perlu mempelajari sirah untuk meningkatkan lagi personaliti dan prestasi pekerjaan mereka masing-masing.Dr. Said Ramadhan al-Buti menegaskan bahwa tujuan memahami sirah ialah agar setiap orang muslim memperoleh gambaran sebenarnya tentang hakikat agama Islam secara sempurna yang tercermin dalam kehidupan Nabi Muhammad s.a.w. sesudah ia difahami secara konsepsional sebagai prinsip, kaedah dan hukum. Oleh itu, mempelajari sirah mengandungi beberapa faedah. Antara lain ialah:Pertama: memahami keperibadian nabi melalui celah-celah kehidupan dan keadaan-keadaan yang pernah dihadapinya, untuk menegaskan bahwa nabi Muhammad bukan saja seorang yang terkenal di antara kaumnya saja tetapi sebelum itu baginda adalah seorang Rasul yang didukung oleh Allah dengan wahtu dan taufik dariNya.Kedua ialah agar manusia mendapat gambaran contoh terbaik dalam seluruh kehidupan lebih-lebih untuk dijadikan gambaran dan pedoman kehidupan.Tidak diragukan lagi, betapapun manusia mencari contoh terbaik mengenai salah satu aspek kehidupan, dia pasti akan mendapatkannya di dalam kehidupan Rasulullah secara jelas dan sempurna.Oleh itu, Allah menjadikannya qudwah bagi seluruh manusia seperti firman Allah yang berbunyi : “ Sesungguhnya telah ada pada diri Rasulullah itu suri teladan yang baik bagi kamu.” (al-Ahzab 21).Kedua: ialah agar manusia mempelajari sirah Rasulullah ini, sesuatu yang dapat membantunya untuk memahami kitab Allah dan menyelami tujuan-tujuannya. Ini disebabkan banyak ayat-ayat al-Quran yang boleh ditafsirkan dan dijelaskan maksudnya melalui peristiwa-peristiwa yang pernah dihadapi Rasulullah s.a.w. dan sikapnya. Ketiga : ialah dengan mempelajari sirah nabawiyah seseorang muslim dapat mengumpulkan sekian banyak pengetahuan dan ilmu-ilmu Islam yang benar, Di antaranya masalah akidah, hukum dan akhlak. Tidak diragukan lagi bahwa kehidupan Rasulullah merupakan gambaran yang kukuh dari sejumlah prinsip dan hukum.Keempat : ialah agar setiap pendakwah Islam memiliki contoh hidup dalam aspek pendidikan dan dakwah. Rasulullah s.a.w. sendiri adalah seorang dai, pemberi nasihat dan guru yang terbaik yang tidak pernah berputus asa mencari pendekatan terbaik dalam pendidikan selama beberapa periode dakwahnya.Satu perkara yang menjadikan sirah ini cukup relevan sampai hari ini, ialah kerana seluruh kehidupan baginda mencakup seluruh aspek sosial dan kemanusiaan yang ada pada manusia baik sebagai peribadi ataupun sebagai anggota masyarakat yang aktif. Kehidupan Rasulullah memberikan kepada kita kehidupan yang mulia, baik sebagai seorang pemuda Islam yang lurus perilakunya atau sebagai pendakwah kepada Allah dengan hikmah dan nasihat yang baik, yang mengerahkan segala kemampuan untuk menyempurnakan risalah Islam.Juga sebagai ketua negara yang mengatur segala urusan dengan adil dan bijaksana, sebagai suami teladan dan seorang ayah yang penuh kasih sayang, sebagai panglima perang yang mahir, sebagai negarawan yang pandai dan jujur, dan sebagai muslim yang secara keseluruhannya dapat melakukan secara seimbang antara kewajipan beribadat kepada Allah dan bergaul dengan keluarga dan masyarakat dengan baik.Maka kajian sirah nabi adalah untuk melahirkan aspek-aspek kemanusiaan ini secara keseluruhan yang tercermin dalam qudwah yang paling sempurna dan terbaik. Umpamanya, jika anda seorang pembuka kota negara, ambillah pengajaran yang dilakukan oleh Rasulullah selepas kemenangan di Badar, Hunain dan pembukaan Mekah dan jika anda mengalami kegagalan ambillah pengajaran perang Uhud yang mana baginda berada di antara sahabatnya yang telah syahid dan mengalami kecederaan. Jika anda seorang guru lihatlah pengajaran yang dilakukan oleh Rasulullah di Suffat dalam masjid nabawi dan jika anda seorang pelajar maka gambarkanlah anda berada di antara Jibril yang menyampaikan wahyu kepada nabi. Jika anda sebagai hakim, ikutilah penyelesaian Rasulullah s.a.w dalam meletakkan hajarul Aswad. Ada seseorang menyebutkan bahwa sejarah timbulnya Nabi Muhammad s.a.w. di dunia adalah merupakan peristiwa yang paling penting dalam sejarah keagamaan dan kehidupan manusia. Kedatangan nabi membawa kebenaran dari ilahi robi dan juga contoh kesempurnaan kehidupan mengikuti kehendak Ilahi merupakan bimbingan yang tidak ternilai harganya untuk manusia sejagat dan membawa rahmat ke seluruh alam ini. Oleh kerana kedudukan dirinya yang sedemikian tinggi dan sempurna dan juga oleh kerana kesan terhadap hidup manusia sedemikian besar, serta pula oleh kerna kesadaran keagamaan dan rohaniyyah, maka umat Islam dalam masa awal Islam mengunakan masa, tenaga dan kemahiran mereka untuk mempelajari serta meneliti ilmu berkenaan dengan kehidupan dan pengajaran (sirah) nabi s.a.w. Ramai ahli sejarah dan pengarang-pengarang riwayat hidupnya dan juga riwayat hidup para sahabat r.a. mengumpulkan maklumat-maklumat yang sangat memberi pertolongan dalam memahami peribadi Baginda dan juga mereka yang terdidik olehnya pada zaman itu.Secara umum sumber dan rujukan sirah ada tiga yaitu:al-Quran, al-Sunnah al nabawiyah yang shahih dan kitab-kitab sirah.Al-Quran merupakan rujukan utama untuk memahami sifat-sifat umum Rasulullah s.a.w. dan mengenal tahap-tahap umum dari sirah yang mulia ini. Al-Quran mengunakan dua pendekatan dalam mengemukakan sirah nabawiyyah, iaitu dengan mengemukakan sebaagian kejadian dari kehidupan dan sirahnya seperti ayat-ayat yang menjelaskan tentang perang badar, perang uhud serta ayat-ayat yang mengisahkan perkhwinan dengan Zainab binti Jahsyi. Kedua mengomentarikan peristiwa-peristiwa yang terjadi untuk menjawab masalah-masalah yang timbul, mengungkapkan masalah yang belum jelas atau nasihat yang terkandung di dalamnya. Semua itu berkaitan dengan salah satu aspek dari sirahnya. Tetapi perbicaraan al-Quran tentang semua itu disampaikan secara umum dan terputus-putus serta penyajian secara global. Demikianlah cara al-Quran dalam menyampaikan setiap kisah tentang para nabi dan umat-umat terdahulu.Al-Sunnah pula adalah rujukan kedua yang terkandung dalam kitab-kitab hadis yang muktabar walaupun pada permulaannya belum tersusun secara urutan dan sistematik kerana pada kebanyakan ulamak hadis menyusun kitab mereka berdasarkan bab-bab fiqh. Di antara keistimewaan sumber kedua ini ialah bahawa sebahagian besarnya isi riwayatnya dengan sanad yang shahih yang bersambung dengan Rasulullah seperti peristiwa haji al-Wada’ yang diriwayatkan secara terperinci. Antara buku rujukan terbaik dalam kategori ini ialah buku Asas fi Sunnah (Bagian Sirah) oleh Said Hawa yang mana beliau telah menyusun hadis-hadis dan membaagi mengikuti urutan masa hayat Rasulullah dari kitab-kitab hadis yang muktabar.Sumber ketiga ialah kitab-kitab sirah yang ditulis oleh pengkaji sirah nabi seperti Ibnu Hisham yang terkenal dengan kitab sirah Ibn Hisham. Dalam kategori ini, terdapat kitab yang hanya membicarakan tentang peperangan yang disertai oleh Rasulullah seperti kitab Maghazi Urwah bin Zubir, kitab yang hanya membicarakan tentang mukjizat nabi seperti Dala’il al-Nubuwwah oleh Ibn Qutaibah,Dan juga kitab populer milik Dr. sauqi abu khalil ( Atlas siroh nabawiyyah) kitap ini sangat unik dikarnakan membahas sirah nabawiyyah dengan di sertai struktur nasab nabi muhammad dan foto-foto tempat bersejarah yg pernah menjadi persinggahan nabi muhammad, kitab yang hanya membicarakan akhlak nabi seperti Kitab al-Syama’il oleh al-Munziri.dan juga marak dari kalangan Pelajar indonesia yg melanjutkan study di timur tengah menterjemahkan kitab-kitab sejarah di Antaranya buku terjemahan sirah yang boleh didapati di pasaran ialah Fiqh Sirah oleh Dr. Said Ramadhan al-Buti, Fiqh Sirah oleh Syeikh Muhammad al-Ghazali dan Sejarah Nabi oleh Abul Hassan Ali al-Nadwi. Kisah-kisah Nabi Muhammad telah tersebar luas ke alam raya dan kisah ini kembali di gembar gemborkan ke dalam bahasa indonesia dalam bentuk terjemahan dan tulisan-tulisa seperty makalah,esay dll, Point yg sering di angkat antara lain Kejadian Nur Muhammad, Cerita Nabi Lahir, Kisah Khatim al-Nabi.Dll...saya kira cukup sampai sini saja kalo terlalu panjang mengulas bahasan ini saya kuatir pembaca jenuh untuk membaca tulisan saya.....
DAFTAR REFRENSI : Sirah Ibnu Hisam, Atlas Sirah Nabawiyyah,Nurul yakin. Al syifa'. Dll

Baca Selengkapnya...